Kamis, 25 Oktober 2012

Kelebihan Zikirullah



Sesungguhnya berzikir (mengingati Allah) itu adalah satu ibadat yang mulia dan utama dan amat besar faedahnya yang akan diperolehi.

1. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah Ayat 152 yang bermaksud:

“Maka berzikirlah (ingatlah) kamu kepada ku, nescaya aku mengingati kamu sekalian dan bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu mengkufuriku.”

2. Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 41-42 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman berzikirlah (ingatlah) kepada Allah sebanyak-banyak
nya dan bertasbihlah kepadanya setiap pagi dan petang.”


3. Firman Allah dalam surah Al-Ra’du ayat 28 yang bermaksud:

“Orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana berzikir (mengingati) kepada Allah, ingatlah bahawa dengan berzikir kepada Allah hati akan menjadi tenteram.”

Zikir Yang Utama:

Mengikut pendapat ulama, zikir yang utama ialah diucapkan oleh hati dan lisan serentak jika dibandingkan antara keduanya, maka berzikir dengan hati itu lebih utama dari berzikir dengan lisan semata-mata.

Penjelasan:

Maksud zikir dengan hati itu hendaklah bentuk zikir yang disebut oleh lisan itu hadir dihati dan turut disebutkan oleh hati. Umpamanya orang yang berzikir itu lidahnya menyebut “La-ilahaillallah” maka makna kalimah itu hendak hadir di dalam hatinya iatu “tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah subhanahu wa ta'aala.

Kelebihan Berzikir:

Zikir itu banyak jenis, tiap-tiap satu mempunyai kelebihan atas yang lain, tidak sama kelebihannya antara satu sama lain ataupun pahalanya lebih banyak dari yang lain di samping adanya berbagai-bagai faedah dan manfaat yang banyak:

1. Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah “La-ilahaillallah” artinya “Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah”. Sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:

“Zikir yang palin utama ialah “La-ilahaillallah” dan doa yang mulia ialah “Al-Hamdulillah”.

2. Sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:

“Perbaharuilah Iman kamu !!!. Para sahabat bertanay bagaimana caranya memperbaharui Iman kami? Jawab Baginda, perbanyakkanlah ucapan “La-ilahaillallah”.

3. Sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:

“Ucapan Subhanallah itu memenuhi setengah mizan (timbangan) dan ucapan Al-Hamdulillah memenuhinya dan “La-ilahaillallah” tiada dinding antaranya dengan Allah subhanahu wa ta'aala.

4. Sabda Rasulullah shalallahu a'alaihi wasallam yang bermaksud:

“Barang siapa mengucapkan “La-ilahaillallah” tujuh puluh ribu kali, maka sesungguhnya ia telah menebuskan dirinya daripada Allah subhanahu wa ta'aala."

5. Sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:

“Siapa yang mengucapkan “Subhanallahi Wabihamdihi” sekali, akan ditanamkan baginya satu pohon di syurga. jika mengucapkannya seratus kali dicatatkan baginya seribu kebajikan dan digugurkan daripadanya seribu kali kejahatan.”

Semoga bermanfaat

0 komentar:

Posting Komentar

Popular Posts